Friday, February 26, 2010

Vietnamese Spring Roll



Sebenarnya teringin nak buat popiah basah. Ada sekali tgk Nigella Lawson kat Youtube, dia guna rice paper utk buat spring roll. Ingatkan boleh buat popiah basah. Sekali bila dah beli dan rendam dlm air, sungguh x sesuai nak buat popiah basah. Maka sy cari la resepi yg bersesuaian ngan rice paper ni.

Sebenarnya ada pelbagai resepi nak buat Vietnamese spring roll ni. Mcm popiah yg filling boleh dipelbagaikan, sama la juga dgn spring roll ini. Ada yg letak daging ayam, lembu, udang, telur goreng dan sayur pelbagai jenis.

Sy lak just guna apa2 bahan yg ada dlm stok....tgk kat gambar bawah ni:


Bahan2:

- Rice paper - sy beli di Kedai Asia, ada pelbagai saiz, sy guna saiz paling kecil
- Suhun - rendam sekejap dlm air panas, kemudian toskan.
- Tauhu - goreng dan potong halus
- Karot - potong panjang, halus
- Timun - potong panjang, halus
- Daun ketumbar - potong halus

Cara2:

- Ambil sekeping rice paper, rendam sebentar dlm air suam sehingga lembut. Kalau rendam lama sgt, rice paper senang pecah.
- Bentangkan rice paper yg dah direndam atas pinggan, susun suhun, karot, timun, tauhu dan daun ketumbar (portion nicely to avoid rice paper x pecahmasa dibalut)
- Balut seperti membuat popiah biasa.
- Makan dgn sweet thai sauce.

No comments: