Thursday, February 25, 2010

Ayam Penyet


Ini adalah resepi sy jumpa kat blog Dapur Tanpa Sempadan. Kan sy dok masak ayam like almost everyday so kena la cari pelbagai resepi ayam.

Ayam ni sejenis ayam panggang sebenarnya dan bak kata Mat Gebu, pemilik blog berkenaan, ianya seakan2 ayam percik tapi rasanya berbeza. Lengkuas byk diguna dlm resepi ni. Mula2 mcm x percaya aje kena guna sampai 120g lengkuas sbb takut lengkuas byk2 kang pahit la pulak. Tapi sy ikut la, dah nama pon ikut resepi org.

Oh, bila dah siap xde la pulak pahit. Sedap je rasanya. Meh tgk resepi yg sy cut and paste dr blog Mat Gebu
Bahan-Bahannya :-)
6 kepingan peha ayam (mat guna bahagian dada)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (mat guna bay leaf)
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam)...
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.

No comments: