Monday, February 15, 2010

Sotong Goreng Kunyit


Ni pon lauk simple - senang dimasak, cepat dimakan! Tapi yg ini guna sotong frozen aje yg stail gemuk2 tu...

Resepi dia kalau x tahu nak masak gak:

Bahan2:

500g sotong (kalau frozen, rendam dlm air sehingga lembut) - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dipotong bulat2
2 ulas bawang putih
cili merah - dipotong serong
Daun sup - untuk hiasan (optional)
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara2:

1. Gaul sotong dgn serbuk kunyit dan garam. Perap selama 10 minit.
2. Panaskan sedikit minyak utk menumis dlm kuali, masukkan bawang putih, diikuti dgn bawang besar. Goreng hingga kekuning2an.
3. Masukkan sotong. Goreng sehingga empuk.
4. Masukkan cili potong dan kacau lagi.
5. Matikan api. Angkat dan tabur daun sup. Hidangkan.

No comments: