Monday, February 15, 2010

Laksa Asam Perantau


Snow masih turun lagi. Dah tgh bulan Februari tapi masih belum menampakkan tanda2 winter akan berakhir. Dan bila sejuk2, asik terkurung dalam rumah dan asik kelaparan, maka mcm2 menu la terlintas kat kepala. Tetiba terasa nak makan laksa asam.

Mujur semua bahan2 ada. Memang kalau nampak daun kesum kat kedai Asia simpan buat stok. Letak kat freezer! Sardin dan tuna dalam tin mmg ada dlm stok. Laksa kering pon ada. Bunga kantan frozen pon ada. So apalagi...

Dinamakan Laksa Perantau sbb guna sardin atau tuna dlm tin. Kalau kat Malaysia, bila Mak kata nak buat Laksa, mula la tensen...sbb nak kena rebus ikan, pastu asingkan isi ikan dr tulang, blend lagi. Then nak kena rebus cili kering, blend jugak. So rasa mcm leceh sgt nak buat laksa. Tapi makan nak! Dan of course kuah laksa guna ikan fresh lagi sedap dr sardin dlm tin!

Tapi stail masak laksa kat sini sgt senang. Rasa kat myresepi pon ada resepi laksa perantau ni tp sy x tgk pon resepi kat myresepi. Sy buat ikut stail kak liza. Sardin dlm tin tu x yah blend pon. Then instead of cili kering kisar, guna serbuk cili kering Turki mcm gambar kat bawah ni.


Resepi:

Bahan2:

-1 bungkus laksa : kat Kedai Asia dipanggil rice noodle. Ada pelbagai size, ada yg besar mcm malaysia punya, sederhana halus dan halus mcm bihun. Sila jangan tersilap ngan rice noodle utk kuetiaw. Cara masak: Sy rendamkan dulu laksa selama 1 jam. Lepas tu rebus dgn sedikit minyak utk mengelakkan laksa melekat. Rebus hingga lembut (jgn sampai hancur). Tos dan alirkan bawah air sejuk utk seketika. Tos lagi.

Utk kuah:
-3 tin kecil sardin
- Cili kering turki (amaun mengikut kepedasan disukai)
- sedikit belacan
- daun kesum
- bunga kantan (takde pon takpe)
- 2 keping asam keping
- garam secukup rasa

Letakkan semua bahan didalam periuk yg berisi air. Masak sehingga mendidih. Perisakan dgn garam.

*Sardin dlm tin x perlu diblend sbb ianya akan hancur sendiri. Tapi kalau nak betul2 halus, boleh la dikisar.

Bahan2 sampingan:

-telur rebus
- cili masak dipotong serong
- timun dipotong panjang
- daun salad - dipotong halus
- bawang besar - dipotong halus
- daun pudina

No comments: