Sup ayam ni sup ayam biasa aje, cuma sy tambahkan cendawan dan karot. Sikembar cukup suka dapat makan sup ni. Kalau buat sup ni, makan nasi mesti bertambah2. Tapi xkan nak buat sup ni hari2 kan? Bosan la pulak umi dok masak benda yg sama hari2.
Cara sy masak sup ayam:
Bahan2:
3 ketul ayam schenkel (bahagian peha & rusuk) - dipotong kecil2 dan dibasuh bersih
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil2
3 biji bawang putih - dipotong halus
1.5 cm halia - dipotong halus
Rempah tumis - sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
*sy dah kehabisan stok sup bunjut sbb tu pakai rempah2 ni semua. So kalau ada sup bunjut x guna rempah tumis pon xpe
2 biji kentang - dipotong dadu besar
1 batang besar karot - dipotong bulat dgn lebar 2 cm
1 mangkuk kecil cendawan butang - dibelah 4
Daun sup & bawang goreng (optional)
Cara2:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia dan rempah tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam layu. Masukkan 2 cawan air (ikut suka nak banyak mana tapi jgn banyak sgt sbb nanti kuah sup kurang rasa)
3. Masukkan kentang dan karot. Kecilkan api. Biarkan sup mereneh selama 1/2 jam.
4. Masukkan cendawan. Kacau dan biarkan sebentar.
5. Masukkan garam mengikut kadar kemasinan anda.
6. Matikan api. Angkat dan hiaskan dgn daun sup dan bawang goreng.
6.
No comments:
Post a Comment