Monday, October 4, 2010

Baked Macaroni & Cheese

Bila dtg angin nak masak tu, mmg rasa nak masak mcm2 kan? Mcm semalam la, walau dah ada nasi daging & makanan2 lain, nak jugak buat baked macaroni & cheese ni. Mujur la makanan semua habis dan nasi daging berbaki sikit lagi, so ari ni sy kembali malas memasak...ngeeeeeeeeeeee.

Kenapa sy nak juga buat macaroni cheese ni, adalah kerana sy baru je memiliki set2 buku masakan Good Food BBC books yg di import khas dr UK, di bawakan oleh kawan sy afzan, yg dtg beraya kat sini aritu. Nama asal resepi ni Golden Macaroni Cheese tapi since sy x follow exactly resepinya, maka sy tukarkan nama resepi jadi Baked Macaroni Cheese.

Resepi:

Bahan2:

250g macaroni
85g butter
50g tepung gandum
350ml susu segar
150ml whipping cream
175g grated mozarella cheese (resepi asal guna cheddar)
1tsp mustard (resepi asal guna Dijon mustard, sy belasah je mustard biasa)
50g grated parmesan cheese (sy x guna)
1 biji bawang besar, dipotong nipis
1 tbs olive oil

Methods:

1. Panaskan oven pd suhu 180C. Masak macaroni dgn air mendidih sampai lembut dgn sedikit minyak dan garam (atau ikut arahan pd peket/kotak pembungkus). Toskan macaroni.
2. Sementara itu, panaskan 2/3 butter dlm pan/periuk dan masukkan tepung. Kacau sampai golden-brown dan alihkan dr api. Masukkan susu dan cream sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. Letakkan semula pan keatas api dan masak sampai mendidih sambil kacau. Kecilkan api dan biarkan ia masak lebih kurang 5 minit sampai pekat dan sos nampak licin. Alihkan dr api dan masukkan cheddar, mustard dan parmesan cheese.
3. Campurkan macaroni, sos cheese dan bahan perasa (garam, pepper) dan kacau sebati. Masukkan kedalam bekas casserole dan bakar dlm oven. Bakar sampai golden-brownish (about 15 minit), kemudian keluarkan dan tabur dgn shredded parmesan (sy guna mozarella). Bakar lagi dlm 5 minit sampai permukaan cheese menjadi golden-brown.
4. Resepi asal (sy x buat): Goreng bawang yg dipotong nipis tadi dgn olive oil sampai garing. Bila macaroni siap dibakar, tabur bwg goreng atas permukaan macaroni.

1 comment:

Anonymous said...

mcm menarik gak ni....minta izin nak ambik resipi yerk