Hmmm...x abis2 ngan tuna ye?
Bukan apa, hari tu sy dah kehabisan stok makanan. Patut nak pegi einkaufen siang tu tapi sgt la malas. Ada lagi satu tin tuna dan telur so why not goreng nasi aje kan?
Geledah2 resepi kat internet, ada byk resepi nasi goreng tuna. Rupanya nasi goreng tuna ni kegemaran org2 Indonesia kot sbb yg sy jumpa semua resepi org Indonesia ( ada kot org malaysia buat gak tapi yg came out the first 10 kat google search tu semua dr Indonesia).
Since resepi2 yg sy jumpa adalah pelbagai dan sy pon x cukup bahan nak tiru mana2 resepi maka sy decide "belasah aje la". Nama pon nasi goreng, yg kita boleh masak ikut suka kita kan?
Sedap ok nasi goreng tuna ni...eceh, masuk bakul angkat sendiri. But honestly, sedap...sy rasa x kira anda masak guna bahan apa sekali pon utk digandingkan dlm nasi goreng tuna, i´m sure ia tetap sedap bila semua bahan2 seimbang.
Bahan2:
nasi sejuk (2 pot beras)
1 tin tuna in water - buangkan air
2 sudu cili masak (sy guna 1 kiub cili masak frozen yg dibeli kat kedai pakistan)
1/2 biji bwg besar - ricik halus
2 ulas bwg putih - ricik halus
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 btg karot - dipotong panjang halus
1/2 biji capsicum hijau - dipotong dadu kecil
garam secukup rasa (kalau dah masin x payah tambah garam)
Cara2:
1. Panaskan minyak utk menumis. Tumis bwg besar dan bwg putih sampai naik bau.
2. Masukkan cili masak. Goreng sampai garing.
3. Masukkan tuna dan kacau rata.
4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
5. Masukkan karot. Masak sampai lembut. Kemudian masukkan capsicum hijau.
6. Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati dgn bahan2 tumis.
7. Rasa masinnya, Kalau tawar, tambah garam secukup rasa.
Siap utk dihidang.
No comments:
Post a Comment