Friday, October 8, 2010

Penang Char Kuey Tiaw


Kawan sy Liza, yg baru pulang bercuti dr malaysia, hadiahkan sy dgn 2 botol sos perencah Penang Char Kuew tiaw. Oh, sebelum anda confuse, sbb sebelum ni sy cerita pasal kak liza pulang bercuti ke Malaysia. Liza & kak Liza adalah 2 org yg berbeza ye! Kak Liza lebih tua dr sy dan baru je pulang bercuti ke Malaysia dan Liza pulak, kawan sy lebih muda, baru je pulang dr bercuti di Malaysia selama sebulan. Nama sama ni boleh memeningkan kan utk org yg x berapa kenal?

So dgn semangatnya atas dasar x sabar2 nak try sos special tu, sy pon gi kedai Asia cari bahan2 utk Char Kuey Tiaw. Kerang amat la mahal, 250g (yg ada shell), harganya 2.49€. Ni first time sy beli kerang, Char Kuey Tiaw punya pasal! Konon x kick la kalau xde kerang. Udang cuma guna frozen type tapi sy beli yg belum dibuang kulit...konon nampak cam fresh sikit bila dimasak.

Method sy ikut exactly yg disarankan pada botol sos perencah tu. Amaun digoreng utk hidangan utk seorg utk mendapatkan rasa yg asli. Tapi secara jujur, kalau ikut resepi pd botol tu semata2, rasa charkuey tiaw adalah plain...x masin langsung! dan seperti tidak berperasa.Jadinya bila sy goreng utk kali ke-2, sy tambah 1/2 kiub ayam selepas bubuh udang & kerang.


Anyway, bestnya dpt makan char kuey tiaw...tapi camna pon harus balik nanti cari Char kuey tiaw kat Desa Pandan, KL. Harap2 org yg berniaga char kuey tiaw kat situ ada lagi!

Resepi char kuey tiaw (as labelled on the bottle)

Cara menyediakan 1 hidangan utk seorg:

1. Masukkan sesenduk kecil minyak ke dlm kuali dan panaskan.
2. Masukkan udang dan kerang.
3. Masukkan secubit bawang putih
4. Masukkan cili secukup rasa (sy masukkan kiub ayam sekali)
5. Masukkan kuey tiaw, taugeh dan kucai.
6. Kacau sehingga teradun.
7. Pecah dan masukkan sebiji telur.
8. Tuangkan 2 senduk kecil sos char kuey tiaw.
9. Kacau sekejap dan masukkan ke dlm pinggan utk hidangan.

-


No comments: