Friday, October 8, 2010

Penne with Mascarpone & Watercress

Sy selalu consider diri sy seorg yg adventurous. Bila tiba tang makanan pon sy rasa ianya adalah adventure bila kita cuba makan sesuatu yg baru. As long as ianya halal dan x memudaratkan, sy tak kisah nak mencuba. Cuba part makanan manis2 tu sy x berapa la tapi tak menghalang sy dr cuba masak.

Salah satu koleksi buku Good Food BBC yg sy ada, ada buku pasta dan resepi dlmnya byk betul guna pesto. Selalu aje sy nampak pesto dlm botol dijual di pasaraya2 jerman ni. Selalu juga wonder apakah rasanya. Bila google, baru tau pesto ni adalah sejenis sos yg bahan utama selalunya daun basil, bwg putih dan banyak lagi. Ada berjenis2 pesto dgn bahan2 yg berbeza sebenarnya. Tapi yg sy cuba adalah Pesto ala Genovese.

Utk tahu lebih lanjut mengenai pesto sila rujuk di SINI.

This is the bottled pesto

Original recipe dr BBC Good Food book actually calls for spaghetti with mascarpone & rocket. Tapi sy guna penne sbb nak abiskan stok dan since sy xde rocket salad (di Germany ianya dikenali sbg rucola) sy guna watercress (ataupun feld salat as in German). Mascarpone pulak adalah sejenis cheese yg sebelum ni sy hanya tau digunakan utk buat tiramisu shj....heheheh

original recipe dr BBC Good Food book

About the taste, as much as I like pasta dishes, honestly the pesto x kena ngan tekak sy. Tapi nasib baik anak2 boleh makan dgn byknya. And since sos pesto itu masih berbaki 1/2 botol, maka at least sy kena masak lagi 2 kali menu pasta yg menggunakan pesto.

Utk resepi asal:

Bahan2:

200g spaghetti (sy guna penne)
85g rocket salad (sy guna watercress)
125g mascarpone cheese
2 sudu besar sos pesto
serbuk lada hitam
25g parutan segar parmesan cheese (sy x guna)

Method:

1. Masak spaghetti dlm air mendidih yg diletak sedikit garam selama 10-12 minit sampai lembut (ala-dente)
2. Sementara itu, hiris kasar separuh dr salad rocket dan masukkan kedlm mangkuk besar bersama dgn 3/4 mascarpone, pesto dan serbuk lada hitam (amaun ikut suka)
3. Toskan spaghetti, simpan sedikit air tos. Masukkan spaghetti ke dlm mangkuk berisi campuran mascarpone dan kacau rata, kalau kering sgt tambahkan sedikit air tos spaghetti. Kemudian masukkan baki salad rocket dan mascarpone dan kacau sekali shj utk mencampurkan spaghetti, rocket dan mascarpone.
4. Hidangkan bersama taburan parutan parmesan cheese.

No comments: