Monday, October 4, 2010

Moist Chocolate Cake



Aaaa...lamanya x update blog masak ni. Since raya sibuk beno la ngan mcm2 hal. Raya one thing, minggu ke-3 raya pi travel ke beberapa negara Eropah. Nak citer pasal jln2 kat blog lagi satu pon x sempat. Masak pon cincai2 aje...

Tapi semalam ada tetamu nak dt beraya kat rumah. So sy masak la serbi sikit. Buat nasi daging, air asam, acar timun, baked macaroni & cheese, popiah goreng dan MOIST CHOCOLATE CAKE ni. Dah lama nak buat moist chocolate cake ni....since masa awal2 raya lagi tapi masa tu rasa mcm x sempat dek kerana dok masak benda2 lain. Cik HB pon request coklat kek jugak.

Kali ni sy cuba resepi yg diwar2kan sedap & mudah dr website Anakku.Soleh.com. Byk2 resepi kek coklat lembap yg sy google kat internet, tak tau la nape sy berkenan kat resepi yg ini. Ternyata sedap & mudah ok! Tak rugi mencuba. Kredit kepada pemilik asal resepi ini.


Cuma part topping tu sy tak follow. Sebab sy xde susu pekat manis. Instead, sy buat coklat ganache guna cooking chocolate, dicairkan secara double-boil dgn whipping cream dan sedikit butter.

Utk resepi, ini sy cut & paste dr website Anakku Soleh:

Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  • Pukul telur hingga kembang
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Kemudian masukkan minyak masak
  • Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  • Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  • Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

No comments: