Masak lemak bukan makanan kegemaran sy, lemak santan tu pon x bagus dimakan selalu tapi sesekali sy masakkan juga utk cik HB sbb dia suka.
Lagi satu sy tgh ada stok daun kunyit yg byk pemberian kak Liza yg baru balik dr Malaysia bulan lepas. So best la buat masak lemak. Cuma kunyit hidup aje takde. Ada jual kat kedai Asia tapi skrg brg2 kat Kedai Asia makin lama makin melampau mahal! Jadinya mana yg x berapa perlu (cam kunyit hidup yg boleh diganti dgn serbuk kunyit), maka sy tak beli la. Bila masak guna serbuk kunyit, colour pon x berapa menarik tapi tak kisah la kan....
Resepi ayam masak lemak sy:
1/2 ekor ayam (sy guna 3 ketul schenkel ayam yg dipotong 3 setiap ketul)
4-5 biji cili api* (atau ikut kepedasan disukai)
1/2 biji bwg besar*
2 ulas bwg putih*
1 inci halia*
2 batang serai -diketuk
1 keping daun kunyit - dipotong kasar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 tin santan
garam secukupnya
Cara2:
1. Kisar halus bahan2 bertanda * dgn sedikit air.
2. Masukkan bahan2 kisar, serbuk kunyit dan serai kedlm periuk dan tuangkan santan. Masak santan dgn api sederhana sampai menggelegak sambil dikacau dgn senduk utk mengelakkan santan pecah minyak atau berketul2.
3. Masukkan ayam dan masak sampai ayam empuk. Masukkan daun kunyit dan garam secukup rasa. Masak sampai kuah pekat. Jangan lupa kacau.
4. Bila dah menggelegak, tutup api dan siap utk dihidang.
No comments:
Post a Comment