Ini adalah resepi yg terdapat dlm BBC Books - 101 Cakes & Bakes dan dibuat atas pemilihan yg dibuat oleh Nabihah. Saja sy suruh anak2 pilih kek mana satu yg ada dlm buku yg diorg nak sy buat. Dan juga dibuat utk makan2 dgn kwn2 yg dtg berkunjung ke rumah baru2 ini.
Cik HB kata kek ni keras dan kering, he likes the spongy type cake macam kek gula hangus yg sy buat sebelum ni. Sy tak tau samada kek ini mmg jenis pound kek atau cara sy buat yg menyebabkan kek ini keras. Bila Kak Liza dtg, dia cadangkan sy buat sos vanilla utk dimakan dgn kek ini. So sy buat sos vanilla guna vanilla pudding powder, sedikit gula dan susu
Idea yg bernas!
Sebab mmg sedap kek ini dimakan dgn sos vanilla. Laku jugak la kek ni akhirnya.
Resepi:
225g butter
250g madu, extra 2 sudu besar utk sapuan
100g gula muscovado * sy guna brown sugar
3 biji telur saiz besar - dipukul
300 g tepung naik sendiri.
1. Panaskan oven pd suhu 160C. Oleskan acuan kek dgn sedikit butter.
2. Potong butter kecil2 dan letakkan dlm periuk kecil dgn madu dan gula. Cairkan dgn api perlahan. Bila dah cair, tambahkan kepanasan dapur dan masak sampai mendidih dan biarkan selama 1 minit. Sejukkan.
3. Masukkan telur ke dlm campuran madu dan pukul dgn senduk kayu. Ayak tepung dlm mangkuk besar dan tuangkan campuran telur dan madu. Pukul sampai adunan lembut.
4. Tuangkan adunan ke dlm acuan kek dan bakar selama 50minit -1 jam sampai kek naik, coklat keperangan.
5. Keluarkan kek dr oven. Panaskan 2 sudu besar madu dan sapu atas kek dan biarkan sampai kek sejuk.
No comments:
Post a Comment