Friday, November 26, 2010

Peach Cheesecake


Sy buat cheesecake ini sempena birthday Liza, kawan sy. Resepi kek ini diadaptasi dr resepi Chocolate Marble Cheesecake dr blog Hana´s Family. Tapi sy tak buat chocolate marble utk toppingnya, instead sy guna peach as topping.

Ini juga kali pertama sy buat baked cheesecake menggunakan method ´steam-bath´. Sy dah dua kali buat baked cheesecake tanpa ´steam-bath´dan dua2 kali cheesecake sy kering dan keras. Guna steam-bath ni cheesecake sy sgt creamy tapi malangnya terlalu lembut. Bila potong x cantik walaupun dah guna pisau yg direndam dlm air panas. I wonder samada masa bakar tu, air rendaman tu masuk dlm kek! (walaupun sy dah balut baking foam cheesecake dgn aluminium folie).

Namun, pengkritik tetap sy kata kek ini sedap. Cuma next time sy kena struggle to make sure the texture is good enough.


Resepi:
(adapted from blog Hana)

Bahan2:

Base:
100g digestive biskut - sy guna biskut butter dgn chocolate filling
50g butter

Cheesecake filling:

200g cream cheese *make sure masa nak guna, ianya adalah pd suhu bilik, at least dah 2 jam dikeluarkan dr fridge)
75g gula halus
135g yogurt plain
10g tepung jagung
1 biji telur saiz sederhana
80ml whipping cream
1/2 sudu besar lemon zest
1/2 sudu besar lemon juice

Topping:

Buah peach dlm tin (dipotong kecil)
1 sudu besar serbuk gelatin halal (sy guna Halalgel)

Cara2:

1. Sediakan loyang pembakar (jenis loose) bersaiz 8 inci. Lapikkan bahagian bawahnya dgn kertas pembakar.

2. utk base: Hancurkan biskut dgn food processor sampai halus. Cairkan butter dan gaul sebati dgn serbuk biskut tadi. Tekankan campuran biskut+butter ini pd base loyang pembakar sampai padat. Simpan dlm fridge selama 15 minit.

3. Panaskan oven pd suhu 150C. Masukkan cream cheese ke dlm mangkuk mixer dan putarkan mixer sampai cream cheese sebati. Kemudian masukkan gula dan putar lagi.

4. Masukkan yogurt, dan putar. Kemudian masukkan whipping cream, tepung jagung, lemon zest dan jus dan juga telur. Putar sampai sebati.

5. Bakar selama 1 jam 20 minit pd suhu 150c (atau mengikut suhu yg sesuai dgn oven anda) secara steam-bath (i.e letakkan loyang pembakar cheesecake yg dibalut dgn aluminium foil kedalam loyang yg berisi air panas).

6. Bila dah masak, tutup api oven dan biarkan cheesecake dlm oven selama 1 jam dgn pintu oven terbuka.

7. Utk topping: Susun potongan buah peach dibahagian atas cheesecake. Bancuh gelatin dgn 1/2 cwn air panas sampai gelatin larut, kemudian tuangkan gelatin keatas buah peach. Gelatin ini hanya lah utk hold buah peach.

8. Masukkan cheesecake ke dlm peti sejuk dan sejukkan selama 12 jam atau semalaman. Utk dihidang, lorekkan bahagian tepi cheesecake dgn pisau, kemudian baru loosekan bahagian tepi loyang. Utk potongan kek yg cantik, celup pisau dlm air panas, baru potong.

No comments: