Sunday, November 21, 2010

Sup Kepak Ayam

Cuaca semakin sejuk sekarang. Dan bila sejuk, menu pilihan keluarga selalunya adalah sup. Which I like very much bila time malas2. Sup ayam mmg mudah dibuat. This time around guna kepak ayam yg ada beberapa ketul dlm freezer tu.

And since sup bunjut Adabi sy dah abis, sy guna rempah sup sahaja. Bezanya sy rasa bila guna rempah sup, sup lebih rasa rempah dibandingkan bila guna sup bunjut.

Resepi sup kepak ayam sy:

Bahan2:

500g kepak ayam - dipotong dua
1/2 biji bg besar - potong halus
2 ulas bwg putih - potong halus
1 inci halia - potong halus
sedikit rempah 4 sekawan - bunga cengkih, bunga lawang, biji pelaga dan kulit kayu manis
2 biji kentang - dipotong dadu
1 btg karot - dipotong kecil
1 sudu besar rempah sup
garam secukup rasa
air secukupnya

Utk hiasan:
daun sup dihiris halus
bwg goreng
cili api dipotong halus

1. Panaskan sedikit minyak dlm periuk. Tumiskan bwg besar, putih, halia dan rempah sekawan sehingga garing. Masukkan rempah sup dgn sedikit air. Kacau rata dan masak sekejap.
2. Masukkan kepak ayam dan kacau rata dgn bahan2 tumisan.
3. Masukkan air, kemudian masukkan kentang dan karot
4. Perlahankan api dan reneh sup sampai kentang dan karot lembut.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan sup ayam dgn daun sup, bwg goreng dan cili api.

No comments: