Pagi tadi dgn gigihnya sy menempuh jalan yg bersalji pegi berjalan kaki ke kedai daging/ikan Turki. Seronoknya bila nampak ikan mackerel fresh ada dijual. Dalam kepala dok mencongak2, nak masak asam tumis pedas ke, asam rebus ke or masak singgang? Kemudian teringat semalam ada beli feld salat utk dibuat ulam dan ada stok budu yg banyak dlm simpanan. So singgang ikan la paling sedap nampaknya utk dipadankan dgn ulam & budu
Singgang ikan ni masakannya simple aje. Menu yg sihat sbb masak x guna minyak. Cuma yg x bagusnya, bila sy dpt makan lauk camni, tambah pulak ada ulam & budu, sy makan nasi bertambah2! Sy bukan org Kelantan, cuma bersuamikan org kelantan, tapi lauk-pauk kelantan (kecuali kuih2nya yg manis2 tu) dah jadi kegemaran sy :)
Menu lunch hari ini: Feld salat (watercress),
ayam goreng utk anak2, singgang ikan & budu
Resepi singgang ikan:
1. 3 ekor ikan mackerel yg dipotong sederhana dan dicuci bersih
2. 1 inci lengkuas - dipotong halus
3. 1/2 biji bwg besar - dimayang halus
4. 2 ulas bwg putih - diketuk
5. 4 biji cili api - diketuk
6. 2 keping asam gelugor
7. sedikit belacan
8. sedikit budu
9. sedikit nise (gula melaka)
10.garam secukupnya
Cara2:
1. Rebus bahan2 1-6. Jangan letak air byk sgt sbb kalau kuah byk nanti kuah x pekat.
2. Bila dah mendidih, masukkan belacan, budu dan nise dan kacau sebati.
3. Tambahkan garam secukup rasa.
Siap utk dihidang.
No comments:
Post a Comment