Tuesday, November 9, 2010

Sweet Spicy Chicken Wings


In my free time, sy mmg suka sgt mengadap video2 masakan dan search resepi2 baru. Kadang2 tgk resepi Itali, kadang2 Mexican dan tetiba sesat sampai ke Korea ^_^.

Sebenarnya chicken wings ni sy nak masak style Korea yg dinamakan "dak kang jung" or sweet spicy chicken wings yg sy tgk kat Youtube. Tapi x cukup bahan2. Then sy nampak video sweet spicy Thai chicken wings. But then sy suka style Korea yg ayamnya disalut dgn tepung dulu baru digoreng while resepi thai tu ayamnya digoreng dgn garam sahaja. So decided nak adapt separuh resepi Korea dan separuh dr Thai. Kita kahwin kan saja lorrr...

Bahan2:

1kg kepak ayam - potong dua dan buang bahagian hujungnya
Sedikit tepung jagung+tepung gandum
garam secukupnya
minyak utk menggoreng

Sos:

2 ulas bwg putih - cincang halus
1 sudu minyak bijan
1 sudu besar paprika
2 sudu sos cili
2 sudu golden syrup ( boleh ganti dgn gula merah)
1/2 biji lemon - diperah jusnya
sedikit bijan
sedikit air

cara2:

1. Letak ayam dlm bekas makanan yg ada penutup. Tabur garam dan campuran tepung keatas ayam. Tutup dgn penutup dan goncang bekas utk bagi garam dan tepung sebati dgn ayam.
2. Panaskan minyak utk deep fry dan goreng ayam sampai garing. Toskan minyak dan ketepikan.
3. Dlm pan berasingan, panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang putih sampai kekuning2an. Masukkan air, serbuk paprika, sos cili, jus lemon dan syrup. Biarkan sampai mendidih.
4. Masukkan kepak ayam goreng tadi dan gaul sebati dgn sos. Taburkan bijan.

Siap utk dihidang.

No comments: