Tuesday, November 2, 2010

Baked Buttermilk Chicken


Ini la makanan malam kami hari ni - baked buttermilk chicken bersama bubur nasi dan broccoli. Bubur nasi tu request cik HB sbb dia baru je tampal gigi pagi tadi.

Sebenarnya ini adalah attempt utk menghabiskan saki baki buttermilk yg digunakan utk buat scones hari tu. Sy geledah2 resepi kat internet resepi2 yg menggunakan buttermilk, ada mcm2 - boleh buat kek, roti, ayam goreng (yg ni dah penah buat, x mau buat lagi sbb leceh dan belum lagi desperate nak makan ayam goreng buttermilk) dan ada baked buttermilk chicken.

Semua resepi yg sy rujuk semua guna bahan berbeza cuma buttermilk tu yg wajibnya. Kot x letak buttermilk apa kes kan? Hence, sy pon decide buat resepi sendiri la, priority - gunakan bahan2 saki baki! Punggah2, jumpa separuh peket rempah ayam goreng berperisa turki - cantikkk!!!

So resepinya jadi begini:

4 ketul ayam bahagian schenkel (paha & pinggul)
1/2 peket rempah ayam goreng Turki (kalau xde, guna rempah sup la)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 cwn buttermilk

* sy tak masukkan garam sbb rempah ayam goreng turki dah sedia masin. So kalau anda guna rempah sup, sila tambah garam mengikut citarasa.

Gaul rata semua rempah & serbuk, buttermilk dgn ayam. Perap semalaman. Bakar ayam dlm oven pd suhu 200C sampai ayam masak garing.


No comments: