Lepas buat blueberries & lemon friands yg cuma guna putih telur, sy mencari2 idea utk menggunakan 3 biji kuning telur berlebihan. At the same time terfikir nak buat puding sbb agar2 kering byk dlm simpanan.
Jelajah sana sini akhirnya menemukan sy dgn resepi Puding Marble dr Myresepi. Yg cantiknya, resepi ni guna 3 biji kuning telur, exactly what I was looking for. Method pon sgt senang dan rasa juga sedap. Sikembar sgt suka, sekelip mata saja licin. Maybe sbb portion resepi tak byk. Tapi sempat la bg sikit kat Kak Liza & Liza utk merasa.
Resepi cut & paste:
Source: Myresepi
Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
- 2 gelas air
- 1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
- 2 Gelas susu segar
- 3 biji kuning telur
- 3 sudu besar mentega/majerin
- 1 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1 gelas gula
Cara-cara
- Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
- Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
- Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
- Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
- Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
No comments:
Post a Comment