Wednesday, January 19, 2011

Sup Bebola Daging



Another menu hari Ahad - sup bebola daging. Resepi amik kat Myresepi. But i wish for resepi bebola daging yg boleh jadi kenyal mcm bebola daging bakso. So far belom jumpa lagi resepi bebola daging begitu.

Resepi asal sepatutnya bebola daging digoreng sebelum dimasukkan dlm sup tapi mak kan xde minyak masak hari tu, makanya mak rebus je la ala2 buat bebola daging bakso.

Resepi sup bebola daging:
Sumber: Myresepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang dewasa )

  • BEBOLA DAGING:
  • 500 gm daging cincang/kisar
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk bersama 1/2 sdk garam
  • 3/4 sdk lada sulah
  • 3 sdb tepung jagung
  • 1/2 biji telur (gread A) - dipukul sedikit
  • * 1 biji telur (dipukul sedikit) - untuk menggoreng
  • * minyak untuk menggoreng
  • SUP:
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 2 ulas bawang merah
  • * 1/2 inchi halia
  • * 1 sdk garam
  • 1 sdk lada sulah
  • sekawan rempah tumis
  • 50 gm daging dihiris (jika suka gantikan tulang pun boleh juga)
  • 2 biji kentang - potong 4 dan goreng sebentar
  • 1 liter air
  • sedikit daun sup
  • sedikit bawang goreng

Cara-cara

  1. BEBOLA DAGING: Selain bahan untuk menggoreng (*), campurkan kesemua bahan lain & gaul sebati
  2. Bentukkan adunan daging tersebut menjadi bebola
  3. Gaulkan ke dalam telur(*) sebelum digoreng. Untuk tujuan sup, tak perlu goreng bebola sehingga terlalu garing
  4. TIPS: Jangan guna terlalu banyak minyak
  5. SUP: Tumbuk bersama bahan bertanda (*)
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan juga lada sulah dan rempah tumis
  7. Agak-agak tumisan telah 3/4 garing, masukkan bahan rencah (daging hiris/ tulang). Gaul sebati
  8. Kira-kira 3-5 minit, masukkan pula air
  9. Bila sup sudah mendidih, bolehlah masukkan bebola daging.
  10. Anggaran 10-15 minit, masukkan pula kentang. Gaul sedikit (2-3 minit) sebelum padamkan api
  11. Sebelum dihidang, taburkan daun sup dan bawang goreng


2 comments:

Frau Azmir said...

oh nice, mmg suke sgt sup.. yg ni definitely nak try :) tp nak tukar guna sup bunjut, sbb x de lesung batu hehe :)

Neny said...

oh, x payah guna lesung batu pon xpe, potong je semua halus2...sy pon xde lesung batu jugak :)