Thursday, January 13, 2011

Samosa Inti Kentang


Ini adalah projek recycle dek kerana sayangkan lebihan kuah kari ayam dan juga lebihan kulit popia. So potong kentang 6-7 biji, dadu kecil sama macam nak buat inti kentang. Lepas tu rebus separa lembut dgn sedikit garam. Toskan.

Panaskan kuah kari ayam, dan masukkan kentang tadi. Kacau rata dan masak sampai kentang lembut, tambahkan garam kalau tak cukup. Kemudian potong halus daun bawang/daun sup, masukkan ke dalam kentang dan kacau rata. Tutup api.

Ambil kulit popia, potong memanjang. Sy guna kulit popia saiz sederhana so sy bahagikan kepada 3 rectangular. Bubuh sedikit inti kentang kat bahagian hujung kulit popia yg dah dipotong, kemudian lipat sampai dapat bentuk segitiga. Gamkan bahagian hujung dgn sapuan telur. Actually sy still x pandai balut samosa. Tu yg huru-hara rupa samosa. Kena belajar dgn yg expert nih!

Goreng sampai kekuningan dan makan sampai kenyang...hehehe

No comments: