Sunday, January 30, 2011

Wantan in Soup


I love wantan. Give it the fried type, steamed or in the soup, I will always like them. Hari tu masa pegi Frankfurt dan makan kat Thai Fun, Liza order wantan in soup utk Liya. Just a small bowl, with 2-3 ketul wantan kot, but the price boleh tahan mahal. So masa tu la sy terfikir nak buat wantan sendiri. Pernah belajar buat dgn Kak Liza but at the time, I was more like observer than doing work...hehehe.

Satu pek kulit wantan/dumpling skin tak mahal sgt, dlm 1. ++ € . Then utk filling, boleh guna samada minced beef atau ayam atau udang - terpulang apa yg anda sukai. Sy guna minced beef.



Resepi sy guna resepi Kak Liza tapi sy tambah here and there ikut kreativiti sendiri:

Bahan2 utama:

1 pek kulit wantan/dumpling skin - sy guna jenis bulat
1 biji telur utk gamkan kulit wantan
Filling wantan

Bahan2 utk filling:

500g daging kisar
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu makan kicap cair
1 sudu besar sesame oil
4 biji cendawan butang coklat - potong kecil2
3 batang daun bawang - hiris halus
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah

1. Campurkan semua bahan2 diatas dan gaul sebati.
2. Ambil sekeping kulit wantan, sapukan telur dikeliling kulit wantan.
3. Letakkan lebih kurang 1 sudu besar filling atas kulit wantan dan lipat kulit wantan menutupi filling.
4. Susun atas dulang yg ditabur tepung utk mengelakkan wantan melekat. Ulangi proses sampai habis kulit wantan & filling.

sy tak pandai balut wantan, so sy balut ikut suka
mcm gambar kat atas
...mcm2 bentuk pon ada daa...

5. Didihkan air dlm periuk. Bila dah mendidih, masukkan wantan, Jgn masuk byk sgt at a time utk memastikan wantan tak melekat dan masak dgn baik. Wantan boleh diangkat bila ianya dah terapung.

Utk sup:

Masak air dlm periuk berasingan. Masukkan 2 kiub pati ayam (boleh guna stok ayam jika ada). Tambahkan garam dan lada sulah. Biarkan sampai mendidih.

Cara makan: letak wantan dlm mangkuk, kemudian masukkan sup dan tabur hirisan daun bawang.

No comments: