Thursday, December 16, 2010

Apam Marmar


Hari ni 10 Muharram 1432H. Hari yg disunatkan berpuasa, besar ganjaran dia. Dipetik dr FB zaharuddin.net:

Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk berpuasa pada hari tasu'a dan asyura ( 9 dan 10 Muharram 1423 = Rabu & Khamis 15-16 Dismber 2010). Kalau tak mampu, puasalah 10 dan 11 Muharram. Jika tak mampu, puasalah 10 Muharram sahaja. Pahalanya, diampunkan dosa tahun lepas.


Semalam x dapek sbb still cuti, hari ni insyaallah....lagi bape jam je nak buka posa. Seronok posa time winter ni sbb subuh masuk 6.20 am, maghrib lak 4.25pm. Tapi dek kerana sejuk, perut dok berbunyi2 gak la...hihihi.

So utk distraction, sy pon buat projek apam marmar ni. Sebenarnya sy x suka segala jenis apam, kuih2 manis belaka. Tapi sy suka masak dan sy perlu diet. Bila sy masak benda2 camni, sy berjaya kawal diet sy sbb sy tak suka makanan ni. Good strategy eh?

lagi satu tujuan buat kuih ni sbb nak
rasmikan bekas silicon yg baru beli ni..
cantik kan..very colourful...


Resepi ni senang sgt. Apam naik gebu dan cantik tapi rasa belum tau sbb sy posa dan pengkritik hebat sy ala Gordon Ramsay tu takde kat rumah. Sy amik dr Myresepi, contributed from Mat Gebu. Resepi mat gebu selalu menjadi dan reviews kat situ pon semuanya memuji belaka. So mesti sedap. Karang kalau 'Gordon Ramsay' dah rasa, sy update apa rasanya. Ni dah x nyempat tunggu rasa, nak jugak update blog SEKARANG!

Resepi cut and paste from myresepi:

Bahan-bahan ( Tin berukuran 10 inci )

  • 250 g tepung berserbuk penaik
  • 200 ml santan
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
  • Cara2:
1.Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2.Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

* sy guna bekas2 kecil silicon utk kukus jadi masa mengukus dikurangkan kepada 20 minit (setelah diperiksa dgn pencucuk kayu, tak melekat, maka telah masak)

No comments: