Sy tak sihat since Friday due to flu. So takde la memasak sgt. Hari sabtu langsung tak masuk dapur. Cik HB took over cooking that day and dia masak bubur nasi yg sedap. Ahad, I was a bit ok so gagahkan diri masak sbb terasa nak makan anything soupy. Bukan x boleh minta tolong cik HB, tapi nanti kang sy jugak yg byk songehnya.
Sy buat sup ikan forelle. Forelle atau nama englishnya trout (nama dlm BM x tau), selalunya sy buat ikan goreng sweet sour atau kari ikan. Sup ikan selalunya sedap guna ikan merah. Tapi dah takde ikan merah, belasah aje la ikan forelle ni.
The result: yep, x sesedap sup ikan merah tapi boleh la. Kena la ngan tekak sy yg tengah demam ni.
Resepi sy guna resepi yg ada kat pek sup ikan ADABI dan ubahsuai sikit:
Bahan2:
2 sudu makan minyak masak
1 peket Sup Ikan ADABI
600g ikan merah ( sy guna 1 ekor ikan forelle di potong 4)
8-10 biji bwg merah* (sy guna 2 biji bwg besar dipotong kecil)
5-7 ulas bwg putih*
2 inci halia*
1500ml air
2 biji kentang (potong kecil)
1 batang serai (diketuk)
1 biji tomato (potong 4)
1 batang seleri (sy gantikan dgn karot dipotong kecil)
Garam secukup rasa
Daun sup & bawang goreng utk hiasan
Kisar halus bahan2 bertanda *
Cara2:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 yg ada dlm pek sup ikan ADABI kecuali bunjut bersama bahan yg dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air, kentang, karot dan bunjut.
3. Bila kentang & karot sudah empuk, masukkan ikan, serai, seleri dan tomato. Masak selama 8-10 minit.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
5. Hidangkan dgn bawang goreng dan daun sup.
No comments:
Post a Comment