Friday, December 3, 2010

Creamy Mushroom & Shrimp Tagliatelle


Of late, pasta dah selalu jadi menu utama. Kalah org Itali agaknya :D. Sebenarnya seronok try mcm2 resepi pasta. Dari spaghetti, fusili, elbow, lasagne dan yg ini tagliatelle.

Idea utk resepi dtg dr jenis2 sos dlm buku BBC Food - pasta & noodle tapi setiap resepi ada aje bahan2 tak cukup maka sy masak la ikut resepi sendiri. And sgt simple sebenarnya. Kalau nak cantik, mushroom patut dipotong nipis2 tapin sy potong halus2 sbb kalau Nabihah nampak mushroom, mesti dia tak nak makan sbb dia tak suka mushroom. Strategi berjaya, sbb bila dia tanya apa yg nampak hitam2 dlm pasta tu, sy kata "kakak makan la lepas tu bgtau umi". Lepas tu dia makan dan kata " kakak x tau ini apa, tapi sedap, kakak makan ni". Wahhhh....finally i made her eating mushroom!

Utk resepi ini:

Bahan2:

250g tagliatelle - masak dgn sedikit minyak sehingga al-dente. Toskan.
1 sudu besar olive oil
1/2 biji bwg besar - dipotong halus
125g king prawn (yg telah dibuang kulit, sy guna frozen pack)
100g fresh button mushroom - dipotong nipis
200g double cream
1/4 cwn shredded mozarella cheese
garam dan serbuk hitam secukup rasa

Cara2:

1. Panaskan olive oil dlm pan besar.
2. Masukkan bwg besar dan goreng sampai naik bau.
3. Masukkan udang dan masak sampai bertukar warna kemerahan. Masukkan mushroom dan goreng sebentar.
4. Masukkan double cream dan masak sampai mendidih.
5. Perisakan dgn garam & serbuk hitam.
6. Taburkan cheese dan kacau sebati.
7. Alihkan dr dapur dan masukkan tagliatelle yg dah dimasak dan ditoskan. Gaul sebati dgn sos.

Hidangkan semasa panas2.

No comments: