Dah lama x makan roti canai. Dulu masa kak Liza rajin bawak sy pi Gross-Gerau sbb dia & sy selalu ada urusan ngan office immigresen disitu, kami selalu singgah kedai Pakistan ni yg ada jual roti paratha frozen yg murah. 2o keping dlm 4 Euro gitu. Boleh la kalau compare ngan kedai Asia Ruesselsheim yg jual 5 keping @ 1.59 Euro. Mahal tu!
Tapi la ni kami dah x pegi dah Gross-Gerau tu sbb dah takde urusan kat sana. So dah lama la xde roti canai dlm stok. Dua hari lepas pi kedai Asia, ingat nak beli la satu pek tu. Sekali tgk harga naik lagi! Kedai Asia ni mmg melampau la...sentiasa naikkan harga brg. Mentang2 la dia satu2nya kedai Asia kat Ruesselsheim tu. Tapi nak buat cemana....kita x suka x payah la beli kan? Setakat roti canai x yah beli la, lain la daun2 kesum, lengkuas tu segala....
So ni la attempt pertama kali nak buat roti canai sendiri. Resepi cari kat Myresepi. Nampak mcm senang tapi susah jugak nak menghasilkan roti canai yg cantik. Doh adalah terlembik sbb tak ikut nasihat kalau guna breadmaker masa PAUSE kena bawa doh keluar dr breadmaker dan uli sedikit ngan tepung, pastu masuk balik dlm breadmaker. Takpe, learned from lesson..lenkali uli ngan tangan
all out.
roti canai yg huduh!
'Gordon Ramsay' kata:
" ni roti canai ke lempeng?"
Lempeng bang? Lempang kot....huaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment