Sy kan kalau rasa nak try satu2 resepi tu, mana2 source dia pon jadik. Cam resepi ni, sy amik kat kotak Dr. Oetker Vitalis Fruechte Muesli. Beli muesli ni nak buat sarapan pagi kononnya tapi nath berapa kali je breakfast muesli. Sebab muesli tak sedap...ngehngehngeh...
Apsal la makanan yg bagus utk kesihatan tak sedap selalunya?
So utk mempelbagaikan kegunaan muesli ni supaya cepat habis dan juga boleh memaksa seisi rumah juga jiran terdekat makan sekali, maka terbuat la fruit scones ni.
Resepinya senang tapi dek kerana takde kesabaran nak deal ngan adunan melekat-lekit tu, sy pi tambah tepung, lalu scones ni keras berdengking, x lembut mcm scones yg sy buat ngan buttermilk hari tu.
Untuk resepi:
Source: Kotak Vitalis Fruechte Muesli
Bahan2:
400g tepung gandum
1 sudu teh (diratakan) garam
2 sudu teh (diratakan) baking powder
50g butter/marjerin
250ml susu segar
50g gula
100g fruit muesli
Cara:
1. Campurkan semua bahan dlm mangkuk besar kecuali susu. Adun dgn sebati, tambah susu sedikit demi sedikit sampai doh terhasil (u might not want to use the whole milk sbb nanti adunan melekat2). Canai doh setebal 1 cm dan tekap doh dgn acuan bulat bersaiz 5cm (sy guna bekas benjo, boleh guna cawan atau mangkuk kecil. Buat sampai semua doh habis.
2. Susun atas dulang pembakar yg dilapik kertas minyak dan bakar lebih kurang 20 minit. Hidangkan bersama jem dan whipped cream (jika suka).
No comments:
Post a Comment