Wednesday, August 18, 2010

Puding Karamel

Hari ni sy dijemput berbuka puasa kat rumah kawan memerangkap domestic guru sy, Kak Liza. Disebabkan kak liza dah pesan jgn masak lauk pauk sbb dia nak buat grilled lamb dan nasi ulam, maka sy decided buat puding karamel aje.

Actually sy lemah semangat sikit nak masak jenis masakan by steaming method ni sbb sy xde proper steamer. Buat masa ni, everytime sy nak steam something, sy guna wok sy yg agak besar tu, then letak jaring bertungku, then tutup dgn lid wok. Tapi ada limitation disitu sbb kalau loyang tinggi, alamat, x leh la nak tutup ngan lid tu. Ni la yg terjadi bila sy syok2 tuang adunan dlm bundt pan sy, sekali letak dlm wok x leh lak nak tutup.

So apa sy buat? Cover la ngan aluminium foil. Nasib baik gak puding karamel masak dgn baik.

Then sepatutnya utk mendapat puding yg cantik dan x berlubang, bancuhan susu, telur & gula kena la kacau perlahan guna whisker tapi sy nak cepat, maka sy blended aje semuanya...ye, jgn ikut cam sy...sila masak dgn penuh tekun dan berseni ok?

Resepi sy amik kat Teratak Chetam.

Chetam, sy copy and paste kat sini ye supaya senang org lain nak refer...

1 tin susu cair
1 tin air
5 biji telor
3/4 cawan gula halus
1 t/s esen vanilla

Utk Karamel :
1/2 cawan gula
*Sedikit air

*Cara
Masak gula dalam kuali sehingga cair dan bertukar ke warna coklat (jgn.bagi hangus) kemudian masukkan air dan kacau sehingga gula cair semula. Tuang ke dalam bekas kaca yang hendak digunakan. Panaskan kukusan dan masukkan bekas yang telah diisikan dengan gula hangus. Pukulkan telor + gula + esen vanilla (supaya gula hancur). Jangan pukul dengan kuat atau sehingga telor berbuih sebab nanti puding akan berlubang lubang. Lastly tuangkan susu dan air dan kacau bagi sebati. Tuang dalam bekas kaca yang ada dalam kukusan. Kukus dalam 20 - 30min. Sejukkan dan kalau suka tuangkan mix fruit cocktail diatasnya. Sesiapa yang ada diabetic @ tak suka manis, boleh kurangkan gula dalam adunan sebab bila dah tuang fruit cocktail, air gula yang ada akan menambah rasa manisnya.

2 comments:

Raihanna said...

woah.
puding karamel...
nampak cantik puding akak jadinya..
=)

Neny said...

shape je cantik rai...tapi tekstur berlubang2...