Sunday, August 8, 2010

Nasi Beriani Kambing


Sy masak nasi beriani kambing ni hari Jumaat lepas, sempena menyambut kedatangan kawan sy, Zila dr Qatar. Tapi sy x sempat nak masuk dlm blog lebih awal. Kagum la ngan blogger2 masakan yg lain yg boleh update blog setiap hari ngan pelbagai jenis masakan.

Nasi beriani kambing sy masak guna rempah Mutton Biryani Shan. Sy masak ikut arahan kat kotak pembungkusnya. Cuma sy ada tambah sedikit daun pudina dan daun ketumbar utk memeriahkan rasanya (sbb terpengaruh ngan resepi nasi beriani Malaysia).

Rasanya ok, just nasi beriani ni x berderai seperti sepatutnya walhal sy dah ikut sukatan airnya. Maybe sy salah judgement at the part yg nasi kena masak 3/4 lembut tu, sy biar lembut sgt kot!

Bahan2 utk nasi beriani:

750g daging kambing (guna bahagian yg ada daging & tulang) - dipotong sederhana besar
750g beras basmati (dibasuh & direndam 30 minit)
3-4 biji bwg besar - dipotong halus
4 biji kentang - dibuang kulit dan dipotong dua *yg ini sy tak ikut sbb sy masak dalca pon dah ada kentang so sy omit
3-4 biji tomato - dipotong dadu
250g yogurt asli
1 sudu besar paste bawang putih * sy guna 3 ulas bwg putih dikisar
1 sudu besar paste halia * sy guna 1 inci halia dikisar
10 biji cili hijau
3-4 sudu besar jus lemon
250g minyak sapi
1 peket Mutton Biryani Mix Shan

Optional: segenggam daun pudina & daun ketumbar dipotong halus


Cara2:

1. Panaskan minyak sapi dlm periuk dan tumis bawang besar sampai kekuning2an.
2. Masukkan daging, bwg putih dan halia dan goreng selama 1 minit. Kemudian masukkan rempah beriani dan yogurt. Kacau utk beberapa minit.
3. Tambahkan 3-4 cwn air dan kentang ( sy omit this part since sy tak guna kentang). Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai daging lembut. Kemudian tambahkan tomato, cili hijau dan jus lemon. Kacau dan alihkan dr dapur.
4. Utk beras: dlm periuk berasingan, masukkan 10 gelas air dan 2 sudu besar garam, kemudian masukkan beras yg telah direndam. Masak sehingga beras 3/4 lembut. Alihkan dr api dan tapis beras.
5. Masukkan semula 3/4 beras yg dah dimasak kedlm periuk dan tuangkan masakan daging tadi ke atas beras. Kemudian masukkan lebihan beras tadi keatas daging.
6. Tutup periuk dan masak dgn api kecil sampai nasi masak. Kacau rata nasi dan daging. Sy tambah daun pudina dan daun ketumbar.

Nasi beriani kambing ini sy hidangkan bersama dgn kepak ayam goreng berempah dan dalca sayur.

2 comments:

nana said...

setahu aku kentang tu untuk serap excess water.. apa kata kau cuba letak kentang tu next time masak lagi..

Neny said...

oh, ye ke nana? nasi beriani kita pon guna kentang gak ke? haih...aku dah malas dah nak berberiani lagi...makanan tinggi kolestrol! tapi kalau nak masak lagi, aku akan take note perkara itu...TQ for the info...